Saturday, April 23, 2011

Perkembangan Bayi ku Dalam Kandungan

Alhamdulillah..syukur kepada Tuhan yang memberi rezeki.Tak tau ungkapan ape lagi yang nak digambarkan apabila menerima perkhabaran gembira dari isteri..Sah..dia mengandung.Perasaan bercampur baur..gembira..takut pn ada..haha.
Aku mmg xtau n xphm langsung pasal bayi dlm kandungan..sempat la google psl bayi dan perkembangan bayi dalam kandungan selama 9 bulan..Jom usha kat bwh ni..




Perkembangan Bayi Dalam Kandungan - Bulan ke Bulan
Apabila hamil, beberapa perubahan fizikal dan emosi akan berlakun. Tempoh haid akan berhenti manakala buah dada menjadi lembut dan besar. Tabiat cara makan juga berubah, kemuraman dan keletihan mungkin berlaku.



Bulan Pertama:
Ketika ini, jantung, limpa dan sistem pencernaan bayi mula terbentuk. Bayi mula menerima makanan dan membuang kotoran melalui tembuni dan tali pusat (pembuluh darah yang menghubungkan bayi yang membesar kepada kulit rahim). Bayi ketika ini panjangnya kira-kira ½ inci (½ cm).

Bulan Kedua:
Pada hujung minggu kelapan, lengan, kaki bayi dan semua organ utama bahagian dalam telah terbentuk. Jantung bayi mula mengepam darah. Wajah bayi mula jelas dan bahagian otaknya mula terbentuk. Panjang bayi ketika ini hampir 2 inci (5 cm).

Bulan Ketiga:
Menjelang bulan ketiga, kebanyakan wanita mula menampakkan tanda-tanda fizikal kehamilannya. Mulai bulan ini, bayi akan membesar dengan cepat, panjangnya bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya bertambah jelas. Ibu jari, jari kaki, telinga dan kelopak mata telah terbentuk. Beratnya kira-kira 1 auns (28 gram) dam panjangnya 3 inci (8 cm).

Bulan Keempat:
Seluruh organ bayi telah terbentuk dan ia semakin besar. Menjelang bulan keempat, bayi semakin aktif dan mula menolak lengan atau kakinya dalam kandungan. Panjangnya lebih daripada 6 inci (15 cm) dan beratnya lebih daripada ¼ paun (114 gram).

Bulan Kelima:
Degupan jantung bayi boleh didengari jelas dengan menggunakan stetoskop. Pergerakannya lebih kuat dan mudah dirasa. Panjang bayi ini lebih daripada 10 inci (25 cm) dan beratnya kira-kira ½ paun (227 gram).

Bulan Keenam:
Perut anda semakin besar, manakala pergerakan bayi bertambah kuat. Kulit bayi kelihatan merah dan berkerut. Panjangnya kira-kira 12 inci (30 cm) dan beratnya kira-kira 1½ paun (680 gram).

Bulan Ketujuh:
Mata bayi kadang-kala terbuka dalam beberapa waktu. Sekiranya ia dilahirkan dalam waktu ini, dia dianggap sebagai bayi sebelum waktu (pramatang) yang memerlukan jagaan khas. Beratnya kira-kira 2½ paun (1.3 kg) dan panjangnya kira-kira 15 inci (38 cm).

Bulan Kelapan:
Tumbesaran bayi telah lengkap. Pergerakan atau "tendangannya" agak kuat dan dapat dilihat dari luar. Kulitnya tidak berkedut lagi. Biasanya bayi berada dalam posisi kepalanya ke bawah supaya kepala keluar dulu ketika proses bersalin nanti. Beratnya kira-kira 4 paun (1.8 kg) dan panjangya kira-kira 16½ inci (42 cm).

Bulan Kesembilan:
Tumbesaran bayi ini mencapai tahap yang memungkinkannya untuk hidup di luar perut ibunya. Berat bayi kira-kira 6 hingga 7 paun (2.7 hingga 3.2 kg) dan panjangya 20 inci (50 cm) atau lebih.

Ni la serba sedikit perkembangan bayi ku dlm kandungan isteri ku..hehe.9 bulan memang waktu yang panjang..kesian pada para2 bakal ibu..utk isteri ku..TQ untuk semua..I LOVE U.

9 Komen:

MiSs FatiN said...

waaa..yeke...tahniah....eee xsabo nak dapat sepupu baru...huhuhu....=) anyway tahniah untok cik zaed ngan kak yati....

zahead san said...

tq...tq...dpt lg 1 sepupu....hahaha....

najmi said...

wow!!tahniah..dpt geng baru..boley maen wrestling nt kt kg..maen baling2 sayur,nenas....

zahead san said...

cett...klu bby boy ble la...bby girl main pondok2 je...haha

FatiN said...

pehh bukan sowang...cik eton ngan cik mega skali join kak yati....wahhh meriahnye!!!!

zahead san said...

ohohoh....yeke...brita baik ni...Atok tmbah lg 3 cucu..

FatiN NaJwA said...

taw xpe...kot2 sume dapat kembar ke..hahaha..
umm best jugak...=p

zahead san said...

Mane ade sejarah fmily kita kembar...haha

FatiN NaJwA said...

kot2...kak yati mencipta sejarah...sape taw...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget