Informasi

WHAT THE HELL LOMOGRAPHY....???

Lomografi adalah satu cabang seni foto..Ramai yang tidak mengetahui tentang kewujudan lomografi.Ini mungkin disebab kan lomografi tenggelam oleh arus teknologi digital.Pada dasar nya lomografi ini sama dengan seni fotografi..kedua-duanya menggunakan bidikan lensa kamera.Tapi yang membezakan nya adalah lomografi menggunakan kamera analog atau lebih dikenali dengan kamera LOMO.

LOMO --> Leningradskoye Optiko-Mechanichesckoye Obyedinenie (Leningrad Optical Mechanical Amalgamation) 

Lomo merupakan satu produk dari  St.Petersburg, Rusia yang mengeluarkan produk berupa lensa untuk alatan kesihatan, lensa senjata peperangan dan lensa kamera.

Perkembangan lomografi adalah lebih pesat di Austri..
AUSTRIA --> 'Lomografi' ialah cap dagang komersial Lomographische AG, Austria untuk produk-produk dan perkhidmatan berkaitan dengan fotografi. Namanya diilhamkan oleh bekas pengeluar optik senegeri, LOMO PLC, Saint Petersburg, Rusia. LOMO PLC mewujudkan dan menghasilkan kamera LOMO LC-A Compact Automat 35 mm — yang menjadi hiasan tengah pemasaran Lomografi dan aktiviti-aktiviti jualan. Kamera ini sedikit sebanyak berdasarkan Cosina CX-1 dan diperkenalkan dalam awal 1980-an.

HISTORY....!!! 
LOMO Rusia menghasilkan kamera LC-A pada awal 80an yang merupakan produk terlaris dipasaran.Darimana idea ini terhasil...??
"Pada awalnya Michail Panfilowitsch Panfiloff, salah satu tokoh terpenting dalam LOMO Russian Arms and Optical, pabrik senjata dan alat-alat optik Uni Soviet, segera meneliti kamera yang diberikan oleh Jenderal Igor Petrowitsch Kornitzky, orang kepercayaan Menteri Pertahanan dan Industri Uni Soviet yang diketahui benda tersebut berasal dari Jepun. Setelah diteliti, keduanya sepakat kamera ini patut ditiru dan dikembangkan rekabentuknya. Dengan tujuan kamera tersebut dapat menjadi kebanggaan warga Uni Soviet. Maka pada tahun 1982 mereka membuat Lomo Kompakt Automat. Kamera jenis ini lebih dikenal dengan nama Lomo LC-A. Kamera tersebut diprodukkan dengan cepat dan terjual habis. Diperkirakan penyebarannya pun sampai Vietnam, Kuba dan Jerman Timur, sampai ke pelesir Laut Hitam. Namun berakhirnya era komunis menyebabkan Lomo menjadi lenyap. Pada tahun 1991, dua mahasiswa Vienna, Austria yaitu Matthias Fiegl dan Wolfgang Stranzinger menemukan kembali adanya Lomo LC-A di daratan Praha, Ceko. Kamera Lomo LC-A yang mereka temukan itu betul-betul tak terurus. Kotor dan kusam,dan baterinya harus diimpor dari Asia. Pada 1992 – 1993, menjadi waktu penting atas kebangkitan Lomografi. Matthias Fiegl dan Wolfgang Stranzinger yang pergi keliling dunia dengan gigih keduanya mengajak teman, kerabat, bahkan orang yang tak mereka kenal untuk mau mencuba Lomo. Sehinggalah mereka mendirikan kelab pencinta Lomo iaitu The Lomographic Society (Lomographische Gesellschaft) di Vienna. Pada 1994, Pameran Lomografi pertama kali di gelar di Moskow, Rusia dan New York, Amerika Serikat."
Kamera mainan....???

Kamera mainan merupakan kamera kotak filem ringkas dan murah yang diperbuat daripada plastik pada hampir keseluruhannya, sering termasuk lensanya. Istilah ini adalah mengelirukan, kerana kamera ini bukan 'alat permainan' kerana ia sebenarnya boleh mengambil gambar. Banyak daripadanya diperbuat untuk diberikan sebagai kebaharuan atau hadiah. Diana, sebuah kamera kotak kebaharuan 4x4cm 1960-an murah dari Hong Kong, merupakan kamera yang paling dikaitkan dengan istilah 'kamera mainan'. Kamera lain, seperti LOMO LC-A, Lubitel dan Holga, sedangkan pada asalnya dijadikan kamera pengguna, juga dikenali dengan istilah ini.
Ramai jurugambar profesional telah menggunakan kamera mainan dan kesan pelik optik lensa murahnya untuk mengambil gambar yang boleh memenangi anugerah. Fotografi kamera mainan telah dipamerkan secara meluas di banyak pertunjukan seni popular, seperti pameran tahunan Krappy Kamera di Soho Photo Gallery di TriBeCa, bandar New York. Banyak penerbitan seperti majalah Photography memberikan pujian terhadap kebaikan kamera Diana sebagai penghasil imej "seni". Beberapa buku juga telah memaparkan karya kamera mainan, seperti "The Diana Show" The Friends of Photography, "Iowa" oleh Nancy Rexroth, dan "Angels at the Arno" oleh Eric Lindbloom.


10 Tips Emas Lomografi


  •  Bawa kamera anda kemana saja anda pergi
Lomografi tidak boleh kita jangkakan atau tidak boleh dirancang.Itu semua adalah dari dalam jiwa kita.Lomografi sentiasa menunggu disekeliling kita.


  •  Gunakan ia bila-bila masa-siang atau malam
Setiap saat adalah sangat istimewa pada anda dan kamera.Setiap momen perlu diabadikan. Tidak kira siang atau malam.


  •  Lomografi bukan suatu gangguan pada diri,tapi sebahagian dari diri.
Tiada siapa yang dapat merubah persahabatan antara anda dan kamera.Kamera anda adalah ape yang anda mahu dalam hidup.Anda perlukan seorang sahabat baik,rakan untuk lepak,semangat dan kasih sayang dalam masa yang sama.Makan kamera,tidur kamera,main kamera.


  • Snap dari pinggang
Fotografi biasa nya mengambil gambar satu titik pemandangan dan lihat terus pada pemandangan.Tetapi ape yang berlaku dikawasan bawah atau atas suatu pemandangan.Jangan selindungi apa yang ada disebelah lensa kamera.Lakukan pergerakan yang bebas.Tidak perlu lihat pada kotak tilik untuk mengambil gambar.Lakukan dari atas kebawah,dari bawah keatas.Dari hadapan kea rah anda,dari anda ke mana sahaja.kasut,kaki,lutut…mana shj.



  • Menghampiri objek sedekat yang mungkin
Kamera ini tidak mempunyai focus lens..semuanya secara manual.Anda dinasihat untuk mengambil sedekat yang mungkin dengan objek.


  •  Jangan fikir ( William Firebrace )
Lomografi berlaku dengan pantas tanpa perlu anda berfikir panjang untuk mengambilnya.Beberapa saat kemudian,anda sudah terlewat.



  •  Pantas
Pergerakan,aksi dan momen lomografi tidak menunggu kita untuk mengambil gambar.



  • Anda tidak perlu tahu apa yang anda tangkap diatas film
Anda sama sekali tidak dapat melihat hasil apa yang anda dapat dengan kamera anda.


  •  Kemudian Salah satunya
Selepas mencuci film anda tertanya-tanya siapa ni?bila saya mengambilnya?sesuatu yang diluar dugaan.Anda tidak dapat mentafsirkan dan memahami alam,tapi anda faham lomografi anda tidak pernah kurang nilainya.
Apa saja yang terhasil adalah lomografi.


  • Jangan risau dengan peraturan
Jangan dengar apa orang cakap.Ingat, anda melakukan perkara yang betul.ikut apa kata hati anda dan jangan lupa semua Tips emas lomografi.






















Read more...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...