Tuesday, December 28, 2010

Coretan 25hb Dec

Alhamdulillah...selesai semua nya...Bersyukur ke atas Ilahi..perjalanan majlis berjalan dengan lancar..terima kasih yang tak terhingga kepada sedara mara yang datang membantu...walaupn jauh tetap gak datang...ribuan terima kasih gak kat tetamu yang hadir ke majlis yang tak seberapa...tanpa mereka tak bermakna la majlis ni...dan untuk rombongan mertua, aku sebagai wakil majlis memohon seribu kemaafan seandai nya ada terdapat kekurangan pada majlis tu..thanx kat rombongan ni.credit to kak narul..tanpa beliau xmeriah la majlis..haha.

Hasil Tembakan 25 Dec :





Tembakan oleh : Azlena Rasol Yna's & Mohd Arif Bin Soib


Read more...

Wednesday, December 22, 2010

ASMA TIADA UBAT, PERLU DICEGAH

Asma atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas berserta bunyi termengah-mengah di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan kerana penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru.

Asma terjadi apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada paru-paru menjadi kejang. Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan.

Keadaan menjadi teruk apabila pesakit mempunyai kahak pekat yang menutup salur pernafasan menyebabkan udara susah keluar masuk.

Apabila ini terjadi, paru-paru akan kekurangan udara dan pesakit boleh pengsan serta boleh menyebabkan kematian.

Antara tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan pernafasan menjadi pendek.

Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan kepada habuk rumah, bulu binatang, debunga rumput dan asap rokok.

Terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja-kerja juga memungkinkan mendapat asma. Begitu juga jika sering mengalami tekanan perasaan dan mendapat jangkitan pada paru-paru.

Bagi mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin, wajar berhati-hati kerana kemungkinan mendapat serangan asma jika mengambil ubat berkenaan.

Asma pada kanak-kanak

Serangan asma pada kanak-kanak adalah masalah biasa kerana 10 - 20 peratus kanak-kanak di dunia ini mengalami asma.

Ia selalunya bermula dengan serangan selesema, batuk dan kemudian sesak nafas. Jika tidak diubat dengan sempurna, kanakkanak itu berkemungkinan akan menghidap asma hingga dewasa.

Menurut kajian, kira-kira 80 peratus kanak-kanak penghidap asma akan hilang penyakit mereka apabila mencapai usia 5 tahun.

Bagi kanak-kanak menghidap asma yang sederhana, serangan ini akan hilang dalam lingkungan usia 12 -13 tahun. Sebilangan 50 - 60 peratus akan sembuh apabila mereka dalam lingkungan 20 - 25 tahun dan 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil akan sembuh.

Asma tidak boleh diubati tetapi biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia mereka meningkat. Manakala orang dewasa yang baru mendapat asma akan kekal menghidapnya.

Asma tidak memberi apa-apa kesan kepada jantung tetapi boleh memudaratkan paru-paru.

Perubatan

Sedutan (Inhaler)


Ubat sedutan ini bertujuan mencegah asma yarig kerap terjadi. Antaranya ialah Becotide, Pulmicate, salbotomol dan theophylline. Apabila mengalami serangan asma, doktor akan memberi ubat sama ada dalam bentuk tablet, kapsul, bancuhan, penyedutan, aerosol atau supositori.

Ubat yang diberikan itu selalunya mampu mengatasi masalah penyempitan saluran cabang tenggorok pada paru-paru. Pesakit juga kadangkala diberi sejenis steroid untuk meredakan kesesakan nafas yang dialami.

Pesakit juga mungkin diberi ubat sodium cromoglycate yang akan membantu mereka mengelakkan serangan asma.

Ubat sedutan ini antara lain:

1. Selamat dan cepat memberi kesan.

2. Ubatnya berkesan selama empat jam.

3. Boleh diambil selalu dan apabila diperlukan.

4. Ulang setiap dua atau tiga jam

5. Boleh digunakan sebelum bersenam.

6. Tetapi tidak berkesan pada asma yang teruk.

Perbezaan antara penyedut dan ubat tablet (makan)

Ubat penyedut memberi kesan yang lebih cepat berbanding ubat makan yang hanya akan berkesan setelah setengah jam mengambilnya.

Penyedut pula mempunyai dos yang lebih rendah dan kesan sampingan kurang berbanding ubat yang dimakan.



Alahan asma

1. Binatang peliharaan adalah penyebab utama penyakit asma atau lelah. Penghidap asma sering alah kepada bulu binatang peliharaan mereka terutama kucing dan anjing.

2. Alat solek dan kelengkapan dandanan diri.

3. Debunga. Ini sering terjadi kepada mereka yang berada di negara yang mempunyai 4 musim. Debunga banyak pada musim bunga.
4. Pewarna makanan.
5. Asap dan debu.

6. Debu/kutu rumah (house mite).
7. Senaman berlebihan.
8. Tekanan

9. Jangkitan seperti vlrus dan selsema.

10. Pekerjaan yang membabitkan debu dan asap.

11. Genetik.

Apa patut anda buat jika diserang asma.


Sebaik sahaja serangan bermula, ambil ubat sedutan. Tunggu hingga 15 20 minit dan ulang jika ia tidak berkesan. Ubat yang dimakan akan mengambil masa 30 minit hingga sejam untuk menunjukkan kesan.

Jika anda merasakan kesan ubat, ulangi mengambilnya pada masa yang disyorkan.

Jika ubat yang diambil tidak berkesan, cepat-cepat berjumpa doktor.

Bagaimanapun, ubat-ubatan yang dicadangkan itu boleh meninggalkan kesan sampingan kepada pesakit seperti terlalu mengantuk, loya, muntah, darah gemuruh, kesukaran hendak tidur dan letih.

Jika ubat yang diambil meninggalkan kesan sampingan dan menjejas kehidupan seharian, anda dinasihatkcm supaya segera berjumpa doktor.

Pesakit juga dinasihatkan supaya mendapatkan pandangan daripada doktor atau pakar farmasi kerana pengambilan ubat-ubatan tanpa mengikut dos boleh menjejaskan keberkesanan ubat itu.

Sebaik-baiknya ambil ubat terakhir anda sebelum masuk tidur kerana serangan asma lebih kerap berlaku pada sebelah malam.

Selepas mengambil ubat, anda perlu berkumur-kumur, terutama jika anda diberi ubat jenis sedutan. Amalan ini penting untuk mengelakkan mulut dan tekak anda menjadi kering.

Pesakit juga harus ingat, selain rawatan ubat-ubatan, mereka perlu berusaha mengelakkan bahan-bahan yang boleh menyebabkan serangan asma.

Peringatan :

1. Ambil ubat seperti dicadangkan doktor dan jangan berhenti hingga dinasihat oleh doktor.

2. Jangan tunggu hingga janji temu yang seterusnya jika serangan asma anda semakin meruncing.

3. Bawa ubat anda ke mana-mana anda pergi terutama penyedut/inhaler.

4. Elakkan menghisap rokok atau berada berdekatan orang yang menghisap rokok.

5. Senaman baik untuk kesihatan (ketika anda tidak mendapat serangan asma) tetapi dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

6. Ambil ubat sebelum anda jangka akan ke tempat yang mungkin akan menimbulkan serangan asma

7. Jika anda sering mendapat serangan asma yang teruk, sentiasa bawa nota (untuk ubat) daripada doktor anda.

JELITA, JULAI 1997, M/S 170 -171


Isteriku Pengidap Asma -->




Read more...

Sunday, December 19, 2010

R.H.B ( Wedding Photoshoot - Broga Hill )

14/12/2010 SELASA

6.00am

Kesejukan pagi menusuk tulang...Pagi tu kami bersiap tuk ke Broga..dh janji dengan Aifet Bentuah n Crew kat kaki bukit jam 6.30am..gi tuu...Kami membawa 2 pasang baju untuk photoshot ni...sangat bersemangat sebab dh lama x mendaki...last zaman sekolah dlu..join pengakap remaja..


7.00am

Sampai sudah dikaki bukit...pehh...siap kne bayar parking tu...gilo untung cina ni..ramai tu org datang..Kami tunggu Aifet Bentuah n crew...ingat kami yang lambat..dorang lg lambat rupanya...gi tuu..


8.00am

OMG......Aifet Bentuah n crew bru sampai..dengan tak belengah lagi kami terus mulakan pendakian...kami ikut trek yang dh dibuat...gila penat woi...pancit aku..ble tahan tinggi gak bukit ni..Dipertengahan bukit ni bru aku prasan pemandangan dia...gila cantik woi...
Broga Hill


8.30am

Fuhh......sampai gak kat atas ni...rasa nk muntah plak aku...letih jangan cakap la..mandi peluh aku...dorang ni yang dah biasa daki gunung senyum je la naik bukit ni...dari atas bukit ni kita ble nampak keindahan alam ciptaan Tuhan...memang cun gila..xtau nk cakap cmner..cuaca pun cantik..cerah..



Dh relax jap...peluh pn hilang..kami pn mulakan shotting....bidikan Aifet Bentuah n crew...Korang memang best...gi tuu.......Tq to Razman gak tolong amek gambar candid..

11.00 am

Dh puas si Aifet Bentuah ni membidik...masa nya untuk kami turun..matahari pn dh terpacak atas kepala...memang enjoy la kerja ngan korang ni...hahaha..x boring langsung..Turun je dari bukit ni kami terus lepak makan cendol karrim kat senawang...pehh...terangkat..

TQ to Aifet Bentuah n Crew.

P/s:foto from Razman Zulkefli & Aifet Bentuah

Read more...

Saturday, December 18, 2010

Rombongan Hari Bahagiaku - Part 4

13/12/2010 ISNIN

9.00am

Pagi yang indah....hahaha..Lepas semua selesai..bermula la tugas pengantin plak nk mengemas periuk belanga semua..fuhhh...byk tuu...

Periuk( saiz xxx ) = 8 biji

kuali( saiz xxx ) = 3 biji


Tapi kami xsendiri...ada bantuan manpower..hahaha.( Tq to Bapak,boy n kak Ija )


Sebelum memulakan kerja2 menggosok periuk ni..Pak su n Pak Lang dh siap2 rebus air n sabun..bg power skit bila menggosok tu..

Air sabun pn dh cukup panas..bermula la kerja menggosok periuk..simbah periuk ngan air sabun td..n terus gosok ngan berus..( kotoran degil pn hilang )..Agak lenguh gak tangan ni menggosok..hahaha..tapi seronok wat keje ramai2 ni...



Kerja menggosok ni agak senang la gak..ni sbb periuk yang digunakan disapu ngan tanah/minyak sebelum digunakan...jadi kerak hitam tu xla melekat kt periuk tu..


3.00pm

Kerja-kerja menggosok selesai......Penat gile dowh...



Read more...

Friday, December 17, 2010

Rombongan Hari Bahagiaku - Part 3

 12/12/2010 AHAD
banner kami





12.45pm
 
Aku bersiap untuk acara terakhir untuk hari bahagiaku..macam biasa Tasha( skit prut mak nyah-tagline ) bertungkus lumus menyiapkan persalinan untuk aku..dari hujung rambut sampai hujung kaki..Untuk persalinan terakhir ni aku memakai baju serba ungu..ikut tema majlis..











1.00pm

Rombongan berkumpul untuk berarak ke rumah pengantin pempuan..gilo paneh...matahari elok tegak atas kepala..fuuhh....Tanpa menunggu lama..signal dr umah pngantin pn dh 'on'...kompang pn dh stanby...( kiraan 1 2 3....BALUN....!! )..Paluan kompang pn bermula...maka aku pn menyusun langkah perlahan..( jgn langkah laju2..bg masa untuk kamera...gi..tuuuu..- arahan Aifet Bentuah )..Aku disatu kan dengan pengantin pempuan dihadapan rumah..dan terus ke pelamin yang cukup indah..( kt sni xde la nk tol2 cam kt JB kan...snang la skit keje pengapit..hahaha )..macam biasa bila dh kt atas pelamin ni xde lain la..acara menepung tawar dr ahli keluarga belah lelaki n pempuan...


2.00pm
Lebih kurang kul 2lbh la bru aku dpt makan...makan beradap..gilo byk lauk best2 ni..tp dh jd pengantin ni xde plk napsu nk melantak semua makanan atas meja ni...mane pegi ntah napsu mkn ni...hahaha.Tapi makan gak la..sedap..terbaik...

3.00pm
Ingat kan jd model xpenat...penat gak ooo...puas la snyum xabis2...sesi bergambar plk...macam2 posing..berdiri..baring..duduk..meniarap..hadui..tapi team photografi ni mmg best...sempoi..aku nk posing2 pn xbrape nk malu..gi..tuu.sesi bergambar ni buat kat atas pelamin n kat dalam bilik pengantin je..sbb untuk outdoor dh ada plan lain...baik punya....hahahaha

5.00pm
Tetamu pn dh beransur........majlis TAMMAT.
Read more...

Thursday, December 16, 2010

Rombongan Hari Bahagiaku - Part 2

11/12/2010 SABTU
8.45pm
Malam ni ada acara malam berinai..aku mula bersiap.Persalinan malam ni warna coklat pekat ala2 jawa skit..tp dh di ubah skit ngan cite rasa melayu..( bj beli di Bandung )-->Tq to pak andam shasha( sakit prut mak nyah-tagline )..hahahaha..


9.00pm
Acara bermula..aku dan rombongan berarak kerumah pengantin pempuan dengan diiringi paluan kompang..Turut disajikan dengan pertunjukan bunga api..( wah..meriah..gi tuu.. ).Singgah sana yang cukup indah kami duduk bertahta pada malam tu..hahaha..rasa cam jd raja betul je..


11.00pm
Majlis selesai...Penat ooo...kita sambung esok nya acara..dh ble tdo..gi tuu--> Aifet Bntuah tagline.
Read more...

Rombongan Hari Bahagiaku - Part 1

11/12/2010 - SABTU
10.30am
Rombongan dengan kekuatan 3buah kenderaan mula bergerak dari Kota Tinggi menuju ke Seremban.Semangat mula berkobar-kobar..Terasa jauh plak perjalanan ke Seremban ni..Kadang terbit plak rasa risau klu terlewat sampai..Aku dijangka akan dinikahkan pada selepas Asar ni..

12.00pm
Rombongan berhenti rehat di hentian Machap untuk mengisi perut yang kosong..Sebuah kereta peserta rombongan dilaporkan telah mengalami kerosakan.oleh kerana kerosakan agak teruk, kami tidak dapat menunggu untuk meneruskan perjalanan bersama-sama..

1.15pm
Selepas solat zohor, rombongan memulakan perjalanan semula menuju ke Seremban. Terdapat 3buah lagi kenderaan yang menanti kami di plaza tol Senawang..

3.00pm
Rombongan sampai ke exit Senawang/Seremban..Terus menuju ke rumah pengantin pempuan..Kami ditempatkan di rumah transit untuk berehat sebentar dan membuat persiapan untuk bernikah lepas Asar ni..jantung mula berdegup kencang..

5.00pm
Masa yang dinantikan dah pn sampai..dengan skali lafaz aku sah menjadi suami kepada NORHAYATI ZULKEFLI..Alhamdulillah.....
Janji ku Pada mu





Pink - Wanita

 
Jawa Rangers


Read more...

Monday, December 13, 2010

Alhamdulillah

Syukur yg tak terhingga keatas Nya...Majlis perkahwinan aku selesai..semuanya berjalan dengan lancar..Terima kasih pada semua tetamu yang sudi hadir memeriahkan majlis kami..Terima kasih juga kepada semua yang terlibat bg melicinkan perjalanan majlis..keluarga,sanak saudara n jiran tetangga.Seronoknya jadi raja sehari..letihnya masih blum hilang lagi..apa pn thanx sgt2 knp semua..
Nanti kan perjalanan aku dr Johor ke Seremban..Hari Pernikahan n persandingan..

p/s : Hari ni busy...byg periuk nk kne polish der..

Read more...

Wednesday, December 1, 2010

Bye-Bye Status Bujang Ku

Tanggal 11 Dec 2010 aku aku dengan rasminya akan menamatkan zaman bujang aku..tinggal hanya 11 hari saja lagi..macam2 yang bermain dalam kepala aku ni..menghadapi hal terbesar dalam hidup..melangkah kealam yang penuh dengan suka duka bersama NORHAYATI ZULKEFLI..

Happy!!!!
Sape yang tak rasa gembira nk kawin bai...saat-saat yang ditunggu-tunggu.Orang kata kawin ni pelangkap hidup...yela kot...ngan keadaan aku yang agak kelang kabut sekarang ni...bila dh kawin nnt jd la teratur skit...Dh ada org yang jg kan...makan,minum,pakaian....hahaha...best!!!


Tapi sejujurnya xble la nk harap kan istri je kan tuk wat semua benda2 tu...suami pn ble tolong apa...tolong masak..basuh baju..dan keje2 umah yang lain..cett..aku ntah wat ke x...haha..' i try honey...'


Duk..Duk..Duk..!!!!
Jantung ni berdebar2 menanti hari bahagia tu...macam2 plk cite yang aku dengar bila menghadapi majlis akad nikah...tok Kadi byk tanya la...org kg nk kne kan kita la...adui...dorg ni wat aku tambah takut je la...haha..apa pn aku berserah je pada Nya...
Harap kebahagiaan akan menjelma hingga keakhir hayat..Insya'Allah......

Tq to :
Norazua Zulkefli ( suntingan kad jemputan )
Aifet Bentuah ( jurufoto kad jemputan )
Read more...

Sunday, November 21, 2010

Rehat - Berkelah - Mandi Sungai

Hari-hari yang dilalaui dengan kesebukan kerja terasa seronok jika dapat pergi bercuti ditempat yang tenang...jauh dari kesebukan kerja...aaahh....seronoknya...Peluang sebegini memang tak boleh  dilepaskan...bulan lepas aku & family( belah tunang ) pergi la berkelah dekat perkampungan orang asli kek mano ntah den lupo apo namo kg tu...dalam pukul 3ptg( anggaran ) kami pun bertolak la dari rumah dengan 3 buah kereta..Dengan konfiden nya kami bergerak menuju terus ke destinasi...Aku ingat kan dorang tau la arah & tujuan yang tepat untuk ke tempat tu...hampeh...sosat bai..hahaha...tempat tak biasa masuk..finaly sampai la gak kat tempat yang dituju...Tapi.....!!??mane sungai nye..?air terjun...??mane..?xnampak pun...Rupanya baru sampai umah sedara( makcik niaga depan rumah )...nak ke sungai kene jalan kaki beb...fuhh..!!Terbaik lagi mencabar...Apa pun sebelum memulakan perjalanan kami lepak minum dlu kat umah makcik ni...
Dah puas minum..masa untuk teruskan misi...semua barang dalam kete angkut keluar...hei..kamera aqua pix jangan lupa...tapi sesuatu tak dijangka telah berlaku...oh...tidak..!!( jerit dalam hati )..Kamera aqua pix tidak berfungsi dengan baik...tunang saya tersalah memusingkan film selepas shot...adoi...nasib la kamera boy( adik tunang ) ada kamera..
Perjalanan dari rumah ke sungai tak la jauh sangat ' sebatang rokok je '...haha...seronok sekali sekala macam ni...dapat rapatkan lagi hubungan keluarga...hu9.
Analog kamera ( kamera rusia)
Sampai sudah...aah...mari kita mandi...!!maka hilang la segala penat lelah...dan dapat la hilang kan tention keje hari-hari....Tq kepada Yati( tunang ) & Family....Love U all...n




Read more...

Saturday, November 20, 2010

Outing Lomo...

Mata-mata banyak yang menjeling...memandang kearah kami( aku n tunang )....apa yang mereka fikirkan bila lihat kami mengambil gambar menggunakan kamera plastik ni ( aqua pix camera )....hahaha...peduli lah apa orang nak cakap...






Peluang pergi ke bandaraya Melaka tidak dipersiakan..berbekalkan kamera aqua pix ni kami ronda-ronda ambil gambar..tak kira mana je rasa nak petik punat kamera ni aku snap je...hahaha...







 Masa yang agak singkat membataskan pergerakan kami untuk berjalan lebih jauh..hanya sekitar Kg.Mortan dan kawasan yang berdekatan je...
Tak sabar rasanya aku nak tengok hasil dari kamera ni...Cantik ke tak..?tu semua tak penting...aku masih belaja lagi...ini pun baru beberapa kali je aku menguji kamera ini...banyak lagi film-film yang belum aku cuba lagi...yeah...!!!



Yati ( tunang )

Read more...

Thursday, November 18, 2010

Salam Pembuka Bicara...

Tujuan blog ini diterbitkan adalah untuk berkongsi hobi dan sedikit pengetahuan mengenai lomography...Saya masih baru dengan lomography ini dan masih banyak yang perlu dipelajari...Pertama kali saya mengenali tentang lomography ini adalah dari seorang teman(  bakal menjadi isteri ) yang semasa itu baru membeli kamera 'fisheye 2-white edition'...Pada masa itu saya tidak nampak ape yang menarik dengan kamera itu..hanya kamera plastik ngan rekabentuk yang unik...Sehinggalah teman saya menunjukkan hasil gambar dari kamera itu dan disogokkan dengan video2 mengenai lomography...Hati ini mula terpaut dan mula jatuh hati pada lomography...

Kamera ini adalah kamera jenis analog yang menggunakan slide film..( cam kamera lama la..).Ape yang menarik ngan kamera lomo ni...?Sudah tentu la hasil gambar nya...menghasilkan effect tertentu tanpa kite edit...semuanya terhasil dengan semula jadi...menarikkan...semau gambar yang kita tangkap menjadi tanda tanya...sehingga film telah dicuci..baru la dapat lihat hasilnya...Penuh ngan suspen...tapi itu la yang membuat kan lomo ni tambah menarik...hahaha...

Semoga anda enjoy ngan blog ni dan kalau ade tersilap apa yang tak kne mintak diperbetulkan.Seperti yang saya cakap diawal2 tadi..saya masih baru dengan lomography ni...TQVM.
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...