Thursday, September 29, 2011

3D scan utk anak aku

Salam sekalian..entri kali ni aku upload video scan anak aku masa kandungan mencecah 7 bulan.Rasa sangat teruja nak dapat cahaya mata yang pertama ni..jom kita layan jap..
 
 
 Sekian saja...jumpa entri akan datang.


Read more...

Tuesday, June 14, 2011

Persiapan Menyambut Kelahiran Bayiku

Assalamualaikum..
Rasanya dah lama sgt tak update blog ni..sebuk sgt dengan kerja.Ape nk buat..tanggungan makin banyak.Lagi pun isteri duk jauh..duk kat umah pun nak watpe..hehe.


Pejam celik dah masuk 4bln usia bayiku dlm kandungan..Persiapan bayi sgt penting pada 2 bln sebelum kelahiran..Tapi bg menyambut kelahiran bayi sulung ni rasanya lebih exited nk wat persiapan awal.Aku lebih bersemangat bila isteri sgt beria2 survey untuk keperluan bayi.
Ada org kata kalau wat persiapan terlalu awal ni xberapa elok..ada fakta ke..atau cuma mitos.Ada org ckp plak..xsabar2 nk beli itu ini sedangkan kandungan baru berapa bln je..Tapi bg pendapat aku..klu semuanya nk dibuat last minute..kan jadi masalah.kalang kabut semua nak di cari.Sebelum isteri aku ni tak larat nak berjalan,baik beli sekarang.



Tapi ape yang aku nak kene beli....?
Bagi yang xde pengalaman..kne la tanya ngan org berpengalaman ye tak..selain tu ada la wat research kat internet.Hasilnya terjumpa 1 entri ni yg ckp ada 4 kategori keperluan bayi :
1. Keperluan wajib dimiliki
2. Keperluan Tidak wajib dimiliki
3. Yg boleh dibeli kemudian
4. Yg boleh dipinjam
Nampaknya kene wal list ikut ketegori ni..adui pening..

Senarai keperluan bayi utk 3bln pertama.
Pakaian :
*baju tangan panjang + seluar panjang
*baju lengan pendek
*baju tanpa lengan
*seluar pendek
*jumper/baju monyet
*seluar tutup kaki **optional
*sarung kaki + sarung tangan
*sepatu bayi
*cardigan/jaket/baju sejuk
*topi bayi
*singlet
*Lampin kain
*gurita ( aku tak tau ape benda ni )
*bedong
*alas dada
*sapu tangan

Kelengkapan Mandi
* bekas mandi *boleh dipinjam
* alas ganti pakaian
* tuala bayi besar
* washlap
* sponge bath **optional
* sabun mandi
* shampoo
* baby lotion/baby cream
* baby oil
* baby cologne
* diapers cream
* bedak
* minyak telon
* lotion anti nyamuk
* wet tissue
* cotton buds
* sisir+sikat bayi
* gunting kuku bayi
* 1 pack newborn pampers
* kapas bulat

Keperluan Tidur
* box/crib/tempat tidur bayi *boleh dipinjam
* kasur (tak phm ape ni)
* bantal guling
* kelambu
* bantal peang (ada lekukan di bagian kepala)
* selimut bayi
* tudung

Keperluan makan dan minum( 6bln keatas )
* botol susu + dot ***beli 2-3 botol ukuran kecil, lainnya boleh dibeli setelah bayi lahir
* sterilizer untuk merebus botol
* penjepit untuk mengambil dot & botol
* sabun + berus cuci botol
* box untuk menyimpan botol
* milk powder container
* bottle warmer **optional & boleh dipinjam
* botol susu berujung sendok untuk memberikan ASI atau jus buah usia 6 bulan ke atas
* training cup
* perlengkapan makan bayi (sendok+piring,dll) ***untuk 6 bulan keatas
* pemeras jeruk, parutan & saringan ***untuk 6 bulan keatas
* food processor atau bisa menggunakan juicer atau saringan untuk melembutkan makanan tim ***untuk 6 bulan keatas
* kursi makan **optional & boleh dipinjam

Keperluan bersiar
* stroller/kereta bayi *boleh dipinjam
* pendukung bayi (sling)
* car seat **optional & boleh dipinjam
* carry cot **optional & boleh dipinjam

notakaki :- senarai kelengkapan hasil dr google di http://cintaitumerah.multiply.com/journal/item/168


Read more...

Sunday, April 24, 2011

Gajet Baru --> Lca +

Nampaknya Cik Diana mini dh aku madukan..haha.Tp bukan ngan Sprocet Roket, tp ngan LCA+..haha.LCA+ ni pn janda org yg dh aku lamar di laman sesawang Mudah.com.my..

Bila terpandang LCA+ ni rasa berkenan plak..Dari mata turun ke hati..Hati pn mula berbisik pd nafsu...aahh...aku yang lemah..hehehe.Owner bukak harga Rm690..adoi mahal btul harga dri si LCA+ ni..aku dgn bersungguhnya mintak la kurang( dh dia mark ble nego lg )..demm...dpt rm650 je..aahh..nafsu mmg jahat..menguasai diri..akhirnya.."deal la bro rm650..bla..bla.."



Barang dh smpai kt kampung..tp xtengk lg sbb busy keje.xsmpat blik lg..Harap2 lama la pkai LCA+ ni..hasil gambar dia mmg mantap..cun gile..( jeles tngk adik ipar pakai).
Rasa xsabar nk try kamera ni..hehehe..LCA+ by LOMOGRAPHY.
Cth gmbt yg dihasilkan oleh LOMO LCA( copy dr yahoo image )

Read more...

Saturday, April 23, 2011

Perkembangan Bayi ku Dalam Kandungan

Alhamdulillah..syukur kepada Tuhan yang memberi rezeki.Tak tau ungkapan ape lagi yang nak digambarkan apabila menerima perkhabaran gembira dari isteri..Sah..dia mengandung.Perasaan bercampur baur..gembira..takut pn ada..haha.
Aku mmg xtau n xphm langsung pasal bayi dlm kandungan..sempat la google psl bayi dan perkembangan bayi dalam kandungan selama 9 bulan..Jom usha kat bwh ni..



Perkembangan Bayi Dalam Kandungan - Bulan ke Bulan
Apabila hamil, beberapa perubahan fizikal dan emosi akan berlakun. Tempoh haid akan berhenti manakala buah dada menjadi lembut dan besar. Tabiat cara makan juga berubah, kemuraman dan keletihan mungkin berlaku.



Bulan Pertama:
Ketika ini, jantung, limpa dan sistem pencernaan bayi mula terbentuk. Bayi mula menerima makanan dan membuang kotoran melalui tembuni dan tali pusat (pembuluh darah yang menghubungkan bayi yang membesar kepada kulit rahim). Bayi ketika ini panjangnya kira-kira ½ inci (½ cm).

Bulan Kedua:
Pada hujung minggu kelapan, lengan, kaki bayi dan semua organ utama bahagian dalam telah terbentuk. Jantung bayi mula mengepam darah. Wajah bayi mula jelas dan bahagian otaknya mula terbentuk. Panjang bayi ketika ini hampir 2 inci (5 cm).

Bulan Ketiga:
Menjelang bulan ketiga, kebanyakan wanita mula menampakkan tanda-tanda fizikal kehamilannya. Mulai bulan ini, bayi akan membesar dengan cepat, panjangnya bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya bertambah jelas. Ibu jari, jari kaki, telinga dan kelopak mata telah terbentuk. Beratnya kira-kira 1 auns (28 gram) dam panjangnya 3 inci (8 cm).

Bulan Keempat:
Seluruh organ bayi telah terbentuk dan ia semakin besar. Menjelang bulan keempat, bayi semakin aktif dan mula menolak lengan atau kakinya dalam kandungan. Panjangnya lebih daripada 6 inci (15 cm) dan beratnya lebih daripada ¼ paun (114 gram).

Bulan Kelima:
Degupan jantung bayi boleh didengari jelas dengan menggunakan stetoskop. Pergerakannya lebih kuat dan mudah dirasa. Panjang bayi ini lebih daripada 10 inci (25 cm) dan beratnya kira-kira ½ paun (227 gram).

Bulan Keenam:
Perut anda semakin besar, manakala pergerakan bayi bertambah kuat. Kulit bayi kelihatan merah dan berkerut. Panjangnya kira-kira 12 inci (30 cm) dan beratnya kira-kira 1½ paun (680 gram).

Bulan Ketujuh:
Mata bayi kadang-kala terbuka dalam beberapa waktu. Sekiranya ia dilahirkan dalam waktu ini, dia dianggap sebagai bayi sebelum waktu (pramatang) yang memerlukan jagaan khas. Beratnya kira-kira 2½ paun (1.3 kg) dan panjangnya kira-kira 15 inci (38 cm).

Bulan Kelapan:
Tumbesaran bayi telah lengkap. Pergerakan atau "tendangannya" agak kuat dan dapat dilihat dari luar. Kulitnya tidak berkedut lagi. Biasanya bayi berada dalam posisi kepalanya ke bawah supaya kepala keluar dulu ketika proses bersalin nanti. Beratnya kira-kira 4 paun (1.8 kg) dan panjangya kira-kira 16½ inci (42 cm).

Bulan Kesembilan:
Tumbesaran bayi ini mencapai tahap yang memungkinkannya untuk hidup di luar perut ibunya. Berat bayi kira-kira 6 hingga 7 paun (2.7 hingga 3.2 kg) dan panjangya 20 inci (50 cm) atau lebih.

Ni la serba sedikit perkembangan bayi ku dlm kandungan isteri ku..hehe.9 bulan memang waktu yang panjang..kesian pada para2 bakal ibu..utk isteri ku..TQ untuk semua..I LOVE U.
Read more...

Sunday, April 17, 2011

Lori kosong di Bsi

16/04/2011..maka bermula la tugas kami di bangunan Sultan Iskansar..tempat yang lebih selesa dari tempat lama..haha.Disini kami ditempatkan bersama2 ngan pegawai import..keje sebumbung la..tp pejabat asing2.terasa unit lori kosong xlg terpinggir..hehe.
tapi yang xbes nya..lori2 kosong ni ble masuk kat lane import plak...dh kita nk kne jerit panggil dorang plak..hampeh..sakit tekak aku..aarr..tu tak masuk lori yang laju je xreti nk berenti wat pemeriksaan..ingat tunggul ke berdiri kat bay ni..haa..kan dah kne marah...proses pemeriksaan pn lebih teratur..
tempat baru...semangat pn baru..tugas tetap sama..menjaga sempadan negara..ooooyeehhhhh..

Read more...

Thursday, March 24, 2011

Earth Hour 2011 JB

Sebenarnya korang tau ke kempen ape ni?mesti tau punya la...kempen ni sebagai usaha kita untuk mengurangkan haba yang ada kat bumi ni..agak2 banyak mana yang kita ble kurangkan?Banyak mana tu xpemting( xpenting ) yang penting usaha tu ada tuk menyelamatkan bumi ni.
Aku harap ramai la yang support kempen ni..xde mase..?hei..kat umah or mane2 pun ble..just matikan lampu n tenaga elektrik je untuk 1jam..maknanya bumi akan begelap la untuk 1jam..wah...cam zaman purba plak..




Di Johor Bahru akan di adakan kempen kesedaran Earth hour di Bukit Timbalan pada 26/03/2011..ada aktiviti yang di sediakan aritu.mana yang free2 ble trun support..
Aku Insya-Allah datang gak..join ngan bdk2 LOMOnatic - JOHO analoguefreak..dah jumpe member lomo JB...aktiviti malam tu dah semestinya meLOMO d malam hari..
Sama-sama la kita support kempen ni..untuk bumi yang kita pijak ni..

Read more...

Sunday, March 20, 2011

Lomografi - Kamera analog & Film

Ape benda LOMOGRAFI..? ( klik page informasi )

Tahniah pada TheLomokids Team...penggerak lomografi kat Malaysia yang bertuah ni..Nampaknya lomografi dah mula dikenali..berkat usaha lomokids yang giat memperkenalkan lomografi pada umum..siap masuk TV lagi( td miss plak nak tengok dorang kat TV )


Ini yang membuatkan aku nak tambah lagi 1 kamera..haha..Diana mini bakal di madukan la nampaknya..fokus kat kamera panorama plak.."The Sprocket Roket"..huhu.
Lepas tu baru ble angkat SLR plak..( berangan je dlu )
Diana mini
Sprocket Roket



Tapi yang xbes..kat JB xde kaki nak p melomo..nak join lomokids team jauh plak dorang..kat KL..join la member yang pkai DSLR.Bila lomokids nak wat outing kat JB?otai2 lomokids pn ramai dr JB kn..?

Apa pun..terbaik tuk LOMOGRAFI.......LOMO ON..!!



Read more...

Wednesday, February 23, 2011

Tioman in Love

Sangat seronok bila dapat rehatkan badan bercuti ke tempat yang tenang...Pada 7-9hb Feb lalu..aku dan isteri tercinta pergi berbulan madu ke Tioman..
Suasana yang sangat tenang dan pemandangan yang indah sekali..terasa sekejap pulak berada disana..
Ini ada beberapa gambar kami disana..........................Tioman in Love.




Love U syg.................

Note : semua gambar dr Kamera analog(diana mini/superheadz/aqua pix) n slide film.


Read more...

Monday, January 31, 2011

Banjir di Kota Tinggi.....lagi?

Refresh Banjir pd 2007..

Banjir 2011......kota tinggi banjir...lagi..??
( dirakam pd jam 1.15ptg 31jan 2011 )


Mari kita sama-sama brdoa agar banjir 2011 akan surut dengan segera dan tidak berlaku lagi tragedi 2007....amin.

# gambar dari google n sumber perseorangan.


Read more...

Sunday, January 30, 2011

Import Lori Kosong bakal di kosongkan


Pejam celik dh setahun aku berkhidmat...macam-macam yang dapat aku belaja..macam-macam perangai orang gak aku dapat tengok..hahaha...

Bertugas di Caw Import unit Lori Kosong..Tugas utama memastikan kenderaan perdagangan yang pulang dari Singapura tidak membawa barangan dagangan.Dengan macam simple je keje ni..Tapi mai duk tengok..( jgn tengok je..wat keje sekali )

Kalau dh kenderaan perdagangan ni..tak lain dan tak bukan semestinya lori2 dari yang sekecil2 hingga se godang2 lori.
Asap...habuk jangan la cakap..dh jd kawan dh..tu tak masuk hujan panas..Pehh..




Kadang2 perangai pemandu pun wat ati jadi panas...ada yang langsung tak hormat.Ikut kepala dorang je..mentang2 la aku baru...hampeh betul..
kemungkunan bulan 3 ni caw import akan berpindah ke tempat baru..dan unit Lori Kosong akan dimansuhkan.Tempat baru..guna sistem baru kot..
Harap2 tempat baru ni lebih selesa la..takde la duduk bawah terik mentari...takla lencun dibasahi hujan...takda la habuk & asap yang berkepul.

Bangunan Sultan Iskandar....Tunggu..!!


Read more...

Tuesday, January 18, 2011

Malam di Petting Zoo

Dah agak lama gak aku tak update blog ni..takde mood nak menaip..kehidupan aku ttp cm dlu...nama je dh kwin..tp duk asing2..sorang utara..sorang selatan..hmm..jumpa time cuti je ler..
Kesian gak tengok wife aku tu...kne ulang alik Seremban-JB..aku nk balik seremban kne la tunggu cuti panjang..InsyaAllah raya cina ni balik Seremban.Semalam cuti wife aku dtg la JB..lepak kt kuates..tido la semalam.



Malam tu xtau la nk bawak kemana bini aku ni..last bwk la lepak kat Danga..lepak kat area fun fair..sempat la naik kete api pusing2 Danga..rm4 sorang..ble la...nk jln penat..
Dh puas kt fun fair kami p la masuk kt zoo..haha.masu zoo mlm2..ngeri woi..suasana suram je..biasa nya binatang ni aktif mlm2..kebetulan ada pertunjuan plk..Layan la jp..Fun gak la tengok binatang ni nye ragam..Boleh plk dorang ni latih binatang ni yg xphm bahasa manusia..kadang2 manusia ni yg xpaham2 bahasa mengalahkan binatang..
Malam tu happy sgt bila tengok wife happy depan mata...klu ada yg xtau nk p mane mlm2..try la masuk..PETTING ZOO DANGA BAY..!!


Read more...

Saturday, January 1, 2011

Sama Tak Serupa

Sama tak serupa 1:




Sama Tak Serupa 2 :



Sama Tak Serupa 3 :







Read more...

Bye Bye 2010...


Selamat tahun baru aku nk ucapkn pada semua...2010 dah melaburkan tirainya dan pasti takkan kembali...2011 datang mengorak langkah untuk 365hari mendatang..
AZAM...tiap tiap tahun nama ni la yang paling pemes skali...masuk thn baru je azam pn baru..haha..
Azam ni sebagai titik permulaan untuk kita menjadi lebih maju...ade plk yang azam tuk mundur...ye x..
Azam aku tuk tahun baru ni..???
Aku akan berusaha tuk mengurangkan jarak KM antara aku n my love wife..gi tuu..agak dh lama sgt kami ni duk jauh..dh kawin ni rs cm xnk jauh la..hahaha
Untuk masa depan yg lebih sempurna..aku berusaha tuk dapatkan kerja yang lebih bagus...( gaji lebih la skit..)



Moga anda semua pn ada azam untuk memajukan diri..mari la kita sama2 mempertingkatkan diri ke tangga yang lebih tinggi...

HAPPY NEW YEAR....!!!!


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...